Panduan & Peraturan Semasa Mendaftara bagi Pelajar Baharu FiST UniKL


SESI 2019/2020

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan pendaftaran pelajar baharu di kolej MARA Kulim:

TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR

  •  17 JUN 2019

MASA PENDAFTARAN

  • Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
  • Tempat : Blok Akademik, (Aras 1) Kolej MARA Kulim

TAKLIMAT WARIS

  • Masa : 10.30 pagi
  • Tempat : Dewan Darul Aman, Kolej MARA Kulim
  • Kehadiran : Semua ibu bapa dan waris

PENAMPILAN SEMASA PENDAFTARAN:

Pelajar Lelaki

  • Berkemeja (warna kosong), bertali leher dan berseluar 'slack' warna gelap. (Jeans dan slack 'cotton' tidak dibenarkan)
  • Berkasut (sepatu) kulit @ PVC berwarna gelap dan berstokin. (selipar, sandal, kasut bercorak, kasut sukan, kasut kasual tidak dibenarkan)
  • Berambut kemas iaitu tidak mencecah kolar baju. Misai dan janggut diurus rapi dan kemas.

Pelajar Perempuan

  • Berbaju kurung serta menutup aurat (bertudung bagi pelajar Muslim)
  • Berkasut (sepatu) kulit @ PVC warna hitam/gelap (selipar, sandal, kasut bercorak, kasut sukan, kasut tumit tinggi atau kasut kasual tidak dibenarkan)

PENEMPATAN ASRAMA

  • Semua pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang ditentukan selepas mendaftar.
  • 1 bilik akan didiami oleh 3 orang pelajar.
  • Pelajar dikehendaki membayar deposit kunci bagi asrama berbilik sebanyak RM30 di Kaunter Asrama semasa hari pendaftaran (deposit boleh dibayar secara ansuran; minimum RM10 dan perlu diselesaikan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh mendaftar)
  • Pelajar perlu membawa bantal, cadar dan selimut sendiri untuk tujuan kebersihan ("hygiene").

TELEFON BIMBIT, PEMAIN DVD/CD, KOMPUTER 'DESKTOP' /NOTE-BOOK/ LAPTOP

  • Pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit, komputer dan laptop namun pihak kolej tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan perkakasan tersebut. Peralatan ini adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
  • Telefon bimbit dan komputer/laptop perlu didaftarkan di pejabat HEP selepas selesai proses pendaftaran pelajar.
  • Peralatan elektrik seperti seterika, pemanas air ("water heater"), "air cooler", "Play Station", pemain DVD/VCD dan televisyen peribadi adalah tidak dibenarkan.

MAKAN/MINUM

  • Makanan dan minuman harian (5 kali sehari) disediakan oleh pihak kolej sepanjang sesi pengajian.
  • Makanan dan minuman pelajar akan disediakan bermula dengan makan malam pada hari pendaftaran.

PEMERIKSAAN KESIHATAN, RAWATAN SAKIT DAN WAD

  • Kolej menyediakan bilik rawatan dan rehat bagi pelajar kurang sihat yang tidak memerlukan rawatan doktor.
  • Kolej menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk pelajar ke hospital atau ke klinik swasta. (Bayaran rawatan di klinik swasta dan/atau jika dimasukkan ke wad adalah tanggungan ibu bapa pelajar).

PERATURAN DAN DISIPLIN

  • Pelajar adalah tertakluk kepada undang-undang negara serta peraturan MARA dan Kolej MARA Kulim.
  • Merokok adalah DILARANG di seluruh kampus Kolej MARA Kulim.
  • Pelajar tidak dibenarkan memandu dan menyimpan kenderaan bermotor di kawasan kampus.
  • Bagi kesalahan yang lebih serius seperti terlibat dengan bahan larangan seperti arak, bahan lucah, berjudi, berkelahi, buli, mencuri dan berkhalwat, pelajar boleh diberhentikan pengajian di KMK.
  • Peraturan penuh, kategori kesalahan dan kategori hukuman boleh dirujuk dari buku panduan tatatertib pelajar yang akan dibekalkan kepada pelajar.
© 2019 Pendaftar, Kolej MARA Kulim, Jln. Junjung, 09000 Kulim, Kedah
Powered by Webnode
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started