PRA-U USM

PENGUMUMAN PENTING !!!

Tarikh Pendaftaran Ambilan Ke-2 : 30 Jun 2019 (Ahad)
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Darul Aman, Kolej MARA Kulim
Taklimat Waris: 10.00 pagi, Dewan Darul Aman



KEPADA SEMUA PELAJAR 

1. Untuk SEBARANG PERTANYAAN, INFO TERKINI & TATACARA LENGKAP PENDAFTARAN, sila sertai Grup Telegram melalui link di bawah : 

2. Sila download BUKU PENDAFTARAN PELAJAR melalui link di bawah. (Sila buat cetakan sebelah muka shj, JANGAN cetak depan-belakang)

3. Sila download LAMPIRAN TAMBAHAN (H,I,J) BUKU PENDAFTARAN melalui link di bawah. (Sila buat cetakan sebelah muka shj, JANGAN cetak depan-belakang) 


LATAR BELAKANG PROGRAM


Program untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ini dinamakan " Program Pra-Universiti Universiti Sains Malaysia ". Program ini diwujudkan bertujuan khususnya untuk menyediakan pelajar lepasan SPM atau yang setaraf sebelum mengikuti program pra-siswazah di peringkat universiti. Program seumpama ini memainkan peranan yang sangat penting sebagai ' feeder ' untuk membekalkan pelajar ke program Ijazah di Universiti dalam semua bidang pengajian.

OBJEKTIF PROGRAM


  • Sebagai ' feeder ' untuk membekalkan kumpulan pelajar yang berkualiti tinggi ke program peringkat ijazah pertama di USM.
  • Sebagai program persediaan eksklusif yang memerlukan kelayakan akademik dan ko-kurikulum yang cemerlang serta memenuhi keperluan, kelayakan dan kualiti pelajar di Universiti berstatus APEX dan IPT lain.
  • Untuk mendapatkan ' cohort ' pelajar Ijazah pertama yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang dan berkualiti untuk menerajui masa depan negara.
  • Untuk melahirkan modal insan yang mempunyai daya saing serta beraspirasi tinggi dalam mengharungi cabaran dunia globalisasi tanpa sempadan.
  • Memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih dimasa hadapan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing dalam bidang-bidang yang berasaskan sains.

MAKLUMAT UMUM


STRUKTUR PROGRAM

© 2019 Pendaftar, Kolej MARA Kulim, Jln. Junjung, 09000 Kulim, Kedah
Powered by Webnode
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started